Xenotransplan sel stem

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

kn_01_1.jpg

XENOTRANSPLAN sel stem adalah pemindahan sel stem di antara dua spesies yang berlainan seperti daripada haiwan kepada manusia. Pemindahan sel stem ini berpotensi menggalakkan pertumbuhan semula tisu yang rosak atau memperbaiki kecacatan organ pesakit.

Sel stem untuk kaedah ini diambil daripada fetus arnab, mengikut jenis sel yang diperlukan untuk rawatan khusus setiap pesakit. Pemindahan sel stem arnab ini berfungsi untuk menggalakkan sel yang masih sihat di sekitar kawasan yang cedera menggantikan semula sel yang telah rosak pada tisu atau organ. Sel stem yang disuntik kepada pesakit pula adalah mengikut jenis sel pada tisu atau organ yang rosak, dan mungkin memerlukan suntikan lebih daripada satu jenis sel untuk penyakit melibatkan kerosakan beberapa jenis sel badan.

l Sel stem: haiwan atau manusia?

Pakar Xenotransplan terkemuka dunia, Profesor Dr. E. Michael Molnar menjelaskan, perbezaaan antara tisu haiwan dan manusia hanya pada struktur lobus hadapan otak di mana bilangan sambungan sinaps otak manusia berbeza dengan haiwan.Badan semua jenis haiwan, termasuk manusia, mempunyai di antara 200 hingga 220 jenis sel.

Arnab merupakan haiwan makmal paling elok untuk Xenotransplan dan semua jenis sel stem yang diperlukan boleh diperoleh daripada haiwan tersebut.Arnab yang digunakan juga bukan sembarangan jenis kerana perlu diasingkan dari persekitaran umum selama dua atau tiga generasi terlebih dahulu untuk memastikan sel stem yang digunakan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Molnar menekankan, sel stem Xenotransplan yang diambil dari haiwan tidak sama dengan sel stem embrionik manusia atau daripada darah tali pusat.Masalah dengan sel stem embrionik adalah kualiti sel yang dihasilkan tidak dapat dijamin dan ini akan mempertaruhkan keberkesanan rawatan pesakit.

Sel stem darah tali pusat pula hanya dapat menghasilkan dua jenis sel iaitu sel darah merah dan sel sistem imuniti,” katanya.Beliau menegaskan, fakta perbezaaan antara jenis sel stem ini perlu difahami bagi mengelakkan kekeliruan dalam pemilihan rawatan sel stem.

Pesakit beragama Islam juga tidak perlu khuatir kerana pengesahan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk sel stem Xenotransplan telah lama diperoleh,” jelasnya. Dr. Molnar turut menceritakan pengalamannya baru-baru ini bertemu dengan seorang pesakit kecederaan saraf tunjang di Kuala Lumpur yang mendakwa rawatan sel stem tidak berkesan.

Pesakit tersebut marah kerana mendapati rawatan pemindahan sel stem autologous (menggunakan sel pesakit sendiri) yang dijalaninya tidak berkesan.Perlu difahami bahawa sel stem dari jenis yang sama dengan sel yang cedera perlu digunakan untuk rawatan. Dalam kes ini, sel stem jenis saraf tunjang yang sepatutnya digunakan untuk rawatan,” ujar beliau.

Dr. Molnar mendakwa orang ramai mudah ditipu kerana tidak dapat membezakan sel stem yang sepatutnya digunakan.

l Sindrom Down

Pegawai Sokongan Pesakit dan Pengarah Kewangan BCRO Stem Cell transplantation Sdn. Bhd., Michelle Wong menjelaskan, rawatan Xenotransplan dimulakan di Malaysia kira-kira empat tahun lalu.Secara purata, rawatan suntikan sel stem dilakukan BCRO setiap dua bulan di negara ini di samping menjalankan program latihan, seminar dan persidangan untuk doktor dari seluruh rantau Asia.

Rawatan untuk pesakit Sindrom Down juga telah lama dijalankan,” katanya.Beliau menegaskan, rawatan Xenotransplan Sindrom Down paling sesuai dimulakan selepas enam minggu anak dilahirkan dan sebelum mencecah usia empat tahun bagi mendapatkan kesan terbaik.

Tambahnya, ketika tempoh tersebut, otak belum berkembang sepenuhnya dan dapat diberikan stimulasi yang diperlukan untuk berkembang dengan sebaik mungkin.Seperti juga penyakit-penyakit lain, rawatan yang dimulakan lebih awal dapat memperbaiki lebih banyak masalah sel badan anak Sindrom Down. Rawatan yang dimulakan pada usia yang lebih lanjut mungkin tidak menunjukkan perubahan yang ketara.

Sindrom Down berlaku dalam satu daripada setiap 800 kelahiran, melibatkan kromosom 21 berlebihan yang menyebabkan rencatan perkembangan kanak-kanak, termasuk kerencatan mental.Dalam pada itu, Michelle turut menjelaskan, tahap kesihatan otak juga akan ditonjolkan pada ekspresi muka seseorang.

Perubahan pada ekspresi muka dapat dilihat selepas setiap sesi rawatan melalui perubahan pada otak pesakit,” katanya.Michelle turut mendedahkan seorang pesakit yang lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang di India mula merasakan semula sensasi pada kakinya selepas satu bulan menerima pemindahan sel stem Januari lalu.

Michelle juga mendakwa seorang lagi pesakit yang koma selama 16 tahun mula sedarkan diri beberapa jam selepas pemindahan sel stem.Masih terlalu awal untuk memastikan atau membuat kesimpulan hasil penuh rawatan sel stem pesakit-pesakit berkenaan kerana masa diperlukan untuk menilai hasil rawatan yang berbeza mengikut individu,” jelasnya.Tambah Michelle, rawatan sel stem juga hanya akan diteruskan jika terdapat kemajuan pada keadaan pesakit dan akan dihentikan jika tidak lagi menunjukkan sebarang perkembangan positif.

 Utusan Malaysia ,13 April 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: