OKU disaran mohon bantuan berniaga

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

KUANTAN 10 April – Golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini disaran memohon Skim Bantuan Galakan Perniagaan (SBGP) bagi membantu golongan itu meningkatkan taraf hidup melalui pendapatan melalui perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian Kebudayaan Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang, Datuk Maznah Mazlan berkata, skim itu dikhaskan kepada golongan OKU yang mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman perniagaan dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, SBGP yang diperkenalkan tahun lalu itu merupakan program yang dilaksanakan melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Kementerian Sumber Manusia dalam usaha membantu usahawan OKU mengembangkan perniagaan mereka.

”SBGP terbuka kepada semua kaum, saya percaya masih ramai OKU yang masih belum memohon skim ini, malah saya juga rasa, ramai di kalangan OKU tidak tahu tentang kewujudan SBGP,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan SBGP di Hotel Sri Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Pemulihan OKU (PPOKU) merangkap Presiden Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (Makpem), Datuk Halim Ibrahim dan Pengarah JTK Pahang, Mohd. Sazali Keteh.

Pada majlis itu, seramai lapan usahawan OKU menerima skim bernilai RM335,000, yang juga agihan kedua selepas bantuan geran bernilai RM215,000 yang diterima tahun lalu.

Maznah berkata, kejayaan OKU dalam bidang keusahawanan akan menjadi pemangkin dan contoh kepada OKU lain yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Pahang dalam pada itu turut menyarankan golongan OKU Cina dan India supaya berdaftar dengan JKM bagi melayakkan mereka menerima bantuan skim tersebut.

”Kehadiran mereka dapat menyumbang kepada ekonomi negara, jadi saya seru kepada semua OKU supaya memohon SBGP, ia mungkin mengubah hidup anda,” katanya.

Beliau berkata, bagi membantu golongan tersebut, wakil-wakil rakyat, ketua kampung dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan mengenal pasti OKU yang layak di kawasan masing-masing bagi menerima bantuan.

Utusan Malaysia, 11/04/2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: