PROFIL SMK PENGKALAN AUR

Disediakan oleh NURUL FARIHA BINTI MOHAMAD YUSOF, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

SEJARAH PENUBUHAN

            Kelas Pendidikan Khas sekolah ini mula ditubuhkan pada 16 Julai 2002. Sebelum itu, Puan Roshiza binti Abdul Wahab seorang PPPS dari Negeri Johor telah melapor diri untuk bertugas di sekolah ini pada 1 Jun 2002. Dua minggu kemudian, En Mohd Bohari bin Kulop Salleh, guru Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dari Sekolah Menengah Kebangsaaan Dr. Burhanuddin Taiping, telah diarahkan untuk bertugas di sini. En Ahmad Junaidi bin Sabaruddin, seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang baru sahaja tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi juga telah melapor diri pada 16 Jun 2002 untuk berkhidmat di sini.

            Sementara menanti kehadiran pelajar Pendidikan Khas wujud, Pn Roshiza, En Bohari dan En Junaidi telah melaksanakan tugas membimbing para pelajar normal Tingkatan Satu yang didapati memerlukan bimbingan dalam proses P&P mereka. Proses ini berjalan sehingga sebulan. Pada 16 Julai 2002, seramai enam orang pelajar Pendidikan Khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana datang untuk melapor diri dan memulakan sesi pembelajaran dalam Kelas Pendidikan Khas sekolah ini. Maka bermulalah pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pendidikan Khas oleh enam orang pelajar, dan tiga orang guru sebagai pelopor program ini.

            Pada tahun 2003, seramai tiga orang lagi pelajar baru, tiba di program ini. Pelajar-pelajar itu dari Sekolah Kebangsaan Changkat Larut dan Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Taiping. Kedua-dua kumpulan pelajar ini telah ditempatkan ke dalam dua kumpulan, mengikut kemampuan masing-masing. Bilangan pelajar kelas Pendidikan Khas di sekolah ini terus bertambah. Pada sesi persekolahan 2004, seramai sepuluh orang lagi pelajar menyertai program ini. Kehadiran pelajar-pelajar ini menjadikan keseluruhan pelajar kepada sembilan belas orang semuanya.

 

TERKINI 2008

GURU               – 8 ORANG

PPM                 – 4 ORANG

PELAJAR         – 35 ORANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: