KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN DAN SUKAN BERSAMA

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

Acara KKBP.jpg Bowling buah kelapa.jpg Lompat tinggi.jpg

Tempat : Padang Kampung Tua
Tarikh : 29 Mac 2008
Masa : 9.00 pagi
Hari : Sabtu
Perasmi : Dato’ Hamzah bin Zainuddin, Ahli Parlimen Larut

 

Dato’ Hamzah bin Zainuddin.jpg

 

 

 

 

Kejohanan Olahraga Tahunan dan Sukan Bersama ini dianjurkan oleh pihak sekolah adalah bertujuan untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri anak-anak murid.

Selain itu , ianya juga dapat mengeratkan silaturahim diantara guru dengan murid dan juga guru dan ibu-bapa. Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta dan pengambilan tempat masing-masing. Seterusnya upacara perbarisan dan lintas hormat dilangsungkan. Ini diikuti pula dengan ucapan Guru Besar dan ucapan perasmian VIP iaitu Dato’ Hamzah bin Zainuddin, Ahli Parlimen Larut

Acara sukan dimulakan dengan acara Pra-Sekolah tahun satu iaitu membawa pundi kacang atas kepala, acara tahun dua iaitu menggelecek bola dengan kayu hoki dan acara tahun tiga iaitu mengepit bola di celah ketiak. Acara sukantara dimulakan dengan 200m terbuka lelaki dan perempuan. Diikuti pula dengan 4 x 100m terbuka lelaki, perempuan dan sekolah jemputan.

Majlis sukan diserikan dengan acara ibu bapa bertarung dengan para guru. Kaum bapa bermain sepak raga ratus dan larian 5 pusingan. Kaum ibu pula berpadu tenaga dalam acara tarik tali. Acara bowling kelapa merupakan acara yang dinanti-nanti dengan persaingan sengit antara ibu bapa dan guru-guru. Nyata golongan ibu bapa mampu mematahkan serangan guru-guru dalam kesemua acara.

Acara sukan diteruskan dengan larian 100m Tahun 4, 5, 6 lelaki dan perempuan. Majlis penyampaian hadiah mengakhiri temasya sukan yang ke-44 dengan Rumah Merah sebagai juara keseluruhan dengan 955 mata, diikuti dengan rumah hijau sebanyak 949 mata dan rumah kuning 831 mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: