HARI KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANSAAN MATANG 2008

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Pengurus Program dan
UMI KALSOM BINTI MUSA & MOHAMAD ZAMRI BIN HJ MOHAMAD NAPIS, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

TARIKH : 29 Mac 2008

HARI : Sabtu

AKTIVITI :

Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Matang telah mengadakan Lawatan dan Hari Kokurikulum Pendidikan Khas 2008 di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang pada hari Sabtu 29 Mac 2008. Kami bertolak dari SK Matang pada pukul 8.00 pagi.

Perjalanan diteruskan dan sampai di kilang arang pada pukul 8.15 pagi. Kami disambut oleh seorang renjer iaitu Encik Norashidi. Beliau telah membawa kami melawat ke seluruh kilang arang sambil memberi penerangan lengkap mengenai pengurusan kerja di situ. Kami berpeluang melihat pekerja-pekerja kilang arang menjalankan tugas rutin mereka. Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang pada pukul 8.30 pagi.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang pada pukul 9.30 pagi. Kami telah disambut oleh Pegawai Hutan yang bertugas yang menjaga kami sepanjang lawatan. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Hutan dan tayangan video berkaitan keindahan hutan paya bakau Matang. Selepas itu, kami bersarapan bersama sebelum memulakan aktiviti.

Selepas sarapan, murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu kumpulan Spongebob, Elmo, Mickey Mouse, Tweety Bird dan Garfield. Aktiviti pertama yang dijalankan iaitu pertandingan memasang khemah. Dalam aktiviti ini murid-murid dikehendaki memasang khemah secara bekerjasama antara kumpulan dan mereka akan dinilai berdasarkan jangkamasa yang diambil, kekemasan urutan memasang dan kerjasama antara ahli kumpulan. Di dalam pertandingan ini kumpulan pertama dimonopoli oleh kumpulan Spongebob, tempat kedua kumpulan Elmo dan tempat ketiga ialah kumpulan Mickey Mouse.

Setelah selesai aktiviti pertama acara diteruskan dengan pertandingan mencari harta karun. Di dalam pertandingan ini setiap kumpulan akan diiringi oleh seorang guru pengiring yang bertindak sebagai pembantu dan petunjuk arah. Markah akan dinilai berdasarkan kerjasama yang ditunjukkan, masa dan jumlah harta karun yang diperolehi. Kumpulan Mickey Mouse menduduki tempat pertama diikuti tempat kedua oleh kumpulan Garfield dan kumpulan Tweety Bird tempat ketiga.

Setelah selesai pertandingan tersebut kami berehat selama satu jam untuk makan tengah hari dan solat. Pada pukul 2.00 petang, aktiviti diteruskan dengan pertandingan mewarna. Acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Matang Tuan Haji Abd. Rahim b Hj Abd. Rashid. Jamuan minum petang dan majlis sambutan hari lahir untuk murid-murid, guru-guru dan PPM yang lahir pada bulan Mac dan April diadakan di pelantar rehat pada pukul 3.00 petang. Majlis bersurai pada pukul 3.45 petang.

Kami selamat tiba di Sekolah Kebangsaan Matang pada pukul 4.00 petang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: