Sukan Pendidikan Khas Daerah Larut Matang dan Selama

Disediakan oleh HALIMAH HANIM BINTI MOHD. HASHIM AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Penyampaian Hadiah

TARIKH : 24 & 25 Mac 2008

HARI : Isnin & Selasa

TEMPAT : SMK Pengkalan Aur Taiping, Perak

AKTIVITI :

Penyampaian Pingat Peserta dan Guru

Pada 24 dan 25 Mac 2008, sukan Pendidikan Khas Daerah Larut Matang dan Selama telah berlangsung dengan jayanya. Sek. Men. Keb. Pengkalan Aur telah di pilih sebagai tuan rumah untuk menjayakan sukan ini. Kontinjen Sek. Men. Keb. Dato’ Kamaruddin telah menghantar 13 orang wakil untuk menyertai pelbagai jenis acara sukan yang dipertandingkan seperti lompat jauh, lompat tinggi, lempar cakera, acara balapan dan sebagainya.

Pada hari pertama dan kedua sepanjang acara sukan ini berlangsung, rekod jumlah kutipan pingat yang diperoleh oleh kontinjen Sek. Men. Keb. Dato’ Kamaruddin agak memberangsangkan. Secara keseluruhannya, jumlah kutipan pingat adalah sebanyak 9 pingat. 2 pingat emas bagi acara lompat jauh lelaki iaitu Mohamad Shahidan Zakaria dan acara 400 meter perempuan disandang oleh Raba’yah Adenan. Sebanyak 4 pingat perak pula diperoleh melalui acara lompat tinggi lelaki iaitu Mohamad Shahidan Zakaria, 100 meter lelaki iaitu Mohamad Azizi Mohd Noor, lompat jauh perempuan diperoleh oleh Nurul Jannah Abdullah dan 100 meter perempuan oleh Nor Azila Sjh Rosli. Seterusnya, bagi 3 pingat gangsa adalah bagi acara 800 meter lelaki diperoleh oleh Nazri Ramli, disusuli oleh 2 acara 4×100 lelaki dan 4×100 perempuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: