KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS LMS

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, (Penyelaras Pendidikan Khas SK. Matang) dan MOHAMAD ZAMRI B HJ MOHD NAPIS (Ketua Kontijen Olahraga LM&S)

TARIKH : 24 & 25 Mac 2008

HARI :Isnin dan Selasa

AKTIVITI :

 

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas peringkat daerah Larut Matang dan Selama telah diadakan selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 Mac 2008 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur, Jalan Air Kuning Taiping. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran daerah Larut Matang dan Selama. Pegawai Khas Pendidikan Khas Encik Rustam b Siis turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis. Ramai guru-guru, ibu bapa dan penjaga turut hadir memeriahkan majlis.

Acara pada hari pertama bermula pada pukul 8.30 pagi dengan acara olahraga dan acara padang. Para pegawai sukan dan pegawai kejohanan terdiri daripada kalangan guru Pendidikan Khas LMS. Para pemenang telah menerima hadiah yang disampaikan oleh para jemputan. Acara pada hari pertama tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Acara pada hari kedua bermula pada pukul 8.00 pagi dengan acara 100m lelaki. Para pegawai sukan dan pegawai kejohanan terdiri daripada kalangan guru Pendidikan Khas LMS. Acara teristimewa ialah acara 50m Down Sindrom lelaki dan perempuan. Para pemenang telah menerima hadiah yang disampaikan oleh para jemputan.

Pada pukul 11.00 pagi, acara perbarisan dan lintas hormat semua kontinjen bermula. Selepas ucapan oleh Pengerusi Panitia Pendidikan Khas daerah Larut Matang dan Selama Pn Narimah bt Bohari, ucapan perasmian telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Azraei, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama.

Acara tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: