Akademi OKU ditubuh

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)

SEREMBAN 6 Feb. – Bengkel Sri Sembilan di Jalan Mambau dekat sini akan dinaikkan taraf menjadi Akademi Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Sembilan, sekali gus menyaksikan ia menjadi pusat kecemerlangan bagi golongan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu dilakukan bagi membela nasib OKU yang sewajarnya diberi perhatian khusus.

Sehubungan itu, katanya, sebuah akademi pembelajaran dan pemantapan diri untuk golongan itu akan dibangunkan di sebuah lokasi yang memang menjalankan aktiviti pemulihan.

”Saya telah meminta Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor dan exco terlibat untuk mengerakkan perkara ini supaya Bengkel Sri Sembilan itu dinaik taraf menjadi pusat kecemerlangan bagi OKU.

Mantap”Kita juga mahu memastikan pusat kecemerlangan itu menjadi sebuah akademi yang berfungsi sebagai tempat melatih, belajar, memantapkan diri serta memastikan mereka mampu berdikari,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Bengkel Sri Sembilan itu dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa di bawah Persatuan Pemulihan Orang Cacat Negeri Sembilan dengan pemantauan yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Ketika ini terdapat lebih 100 golongan OKU yang berada dalam kategori cacat anggota badan, penglihatan dan cacat akal, yang mana terlibat dengan aktiviti membuat sampul surat serta menjahit.

Kesemua mereka dalam lingkungan usia 18 tahun ke atas.

Kata Mohamad lagi, dengan adanya sebuah akademi, lebih 5,000 golongan OKU di negeri ini akan mendapat manfaat kerana mereka akan diwajibkan menjalani beberapa fasa latihan.

”Sekurang-kurangnya mereka akan melalui fasa pertama iaitu mampu menjaga diri dan boleh bergerak sendiri. Selepas itu kita akan memastikan mereka melalui fasa kedua iaitu cara menyara hidup,” jelas beliau.

Utusan Malaysia, 07 Febuari 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: