KEM JATI DIRI 2008

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Tarikh : 1 hingga 3 Febuari 2008
Tempat : Bukit Bertam

Kem Jati Diri SK Bukit Bertam (SKBB) merupakan kem integrasi antara pelajar pendidikan khas dan pelajar aliran perdana. Melalui kem ini, ukhwah antara para pelajar dapat dipupuk lebih erat dan memupuk semangat bersatu-padu serta melahirkan barisan pelajar yang berketrampilan. Justeru itu, barisan guru-guru dan Yang Di-Pertua PIBG, Abdul Kalam bin Haji Abdul Aziz mengembleng tenaga bagi memurnikan hasrat tersebut.

daki.jpg

Ranjau sepanjang jalan.jpg

Pada Hari Jumaat, aktiviti dimulakan dengan aktiviti membersihkan kawasan sekolah bagi menyediakan tapak khemah. Setelah itu, khemah didirikan sebagai tempat bermalam. Murid-murid mengambil kesempatan tersebut untuk belajar memasang khemah. Guru-guru pula sibuk menyiapkan makanan malam. Aktiviti berzikir dan membaca al-Quran mengisi waktu pada malam hari. Para pelajar juga dibahagikan mengikut kumpulan untuk aktiviti pada esok hari.

masak.jpg

Chef Wan KKBP.jpg

Seterusnya, kumpulan para pelajar bersama pimpinan guru dibawa mendaki Bukit Bertam pada keesokan harinya. Cikgu Mazufil selaku Kem Komandan mengetuai pendakian. Pelajar-pelajar dibawa merentasi hutan rimba mahupun ladang kelapa sawit. Aktiviti pendakian diberhentikan seketika untuk makan tengahari. Para pelajar memasak sendiri makanan dengan menggunakan kayu api. Seterusnya, pendakian diteruskan ke destinasi sebelum malam tiba. Setibanya di destinasi, para pelajar diuji lagi dengan keupayaan membina rantai terpanjang di sebelah petang dan juga aktiviti burung hantu pada malam hari.

rantai-terpanjang2.jpg

rantai-terpanjang3.jpg

Pada hari yang terakhir merupakan masa yang ditunggu-tunggu dengan upacara penyampaian hadiah. Aiman dinobatkan sebagai peserta lelaki terbaik manakala Puteri pula sebagai peserta perempuan terbaik. Kriteria pemenang dilakukan berdasarkan sifat-sifat kerjasama, keberanian, kecekapan dan displin diri. Kem diakhiri dengan ucapan penutup oleh Encik Mohammad Nor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: