PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN KHAS

Anak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria fizikal dan urat saraf, tingkah laku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berdedikasi, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri serta boleh menyedari potensi sendiri sebagai seorang individu di dalam masyarakat

OBJEKTIF

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:

  • Menguasai kemahiran berkomunikasi
  • Menguasai kemahiran bergaul
  • Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu, mengenal hal diri dan alam sekeliling
  • Menjaga keselamatan diri
  • Menjaga kesihatan diri
  • Mengurus kehidupan harian
  • Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
  • Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
  • Memahami keperluan perkembangan jasmani dan kemahiran motor
  • Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
  • Mengembangkan potensi, bakat dan d aya kreatif serta intelek

MATLAMAT

Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan ini meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi masyarakat yang berguna dan berdikari.

RASIONAL

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka yang kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa . Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik pengajaran, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: