PROFIL PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Disediakan oleh NORESAH BT MOHD SAPIN (SK SG TINGGI) dan RAZIAH BINTI MAT ALI (SK SERI AMAN), AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah sebagaimana yang dilaksanakan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah ialah untuk memastikan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Perkembangan ini merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan nilai-nilai sosial . (KBSR, 1981) .

Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama rata bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan yang diperlukan sesuai dengan kemampuan masing-masing melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah . Bagi mencapai matlamat tersebut, kurikulum ini memberi penekanan yang lebih kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira . (KBSR, 1982).

Disamping itu, penekanan perlu diberi perhatian terhadap perbezaan individu murid kerana setiap murid itu adalah berbeza antara satu sama lain, sama ada dari segi pengalaman, amalan, kecenderungan, tingkah laku, bakat dan kebolehannya. (KBSR, 1982) .

Berdasarkan kepada kenyataan itu, didapati golongan kanak-kanak luar biasa tersebut tidak mampu mengikuti KBSR sepenuhnya kerana mereka mempunyai keupayaan mental dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah . Walau bagaimanapun mereka boleh menerima pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu . Kanak-kanak golongan ini ditakrifkan sebagai ” Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran “.

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Definasi kanak-kanak khas ini sebagai :

(“………..anak-anak yang menyimpang anak-anak biasa dari)

  1. ciri-ciri mentalnya ,
  2. kebolehan deria ,
  3. ciri-ciri fizikal dan kekuatan urat saraf ,
  4. tingkahlaku sosial dan emosi ,
  5. keupayaan berkomunikasi ,
  6. kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan Pendidikan Khas , bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya . “

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PROGRAM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

OBJEKTIF

Setiap orang pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka ;

  1. Menguasai kemahiran berkomunikasi .
  2. Menguasai kemahiran bergaul .
  3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling .
  4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri .
  5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian .
  6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif .
  7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi .
  8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
  9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni .
  10. Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek .

PROSES PENEMPATAN PELAJAR KE KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Kriteria kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar ke program Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ialah setelah menedapat pengesahan daripada doktor atau pakar perubatan . Kriteria penempatan berdasarkan kepada pakar perubatan ini sangat penting kerana pakar perubatan telah melakukan pemeriksaan secara klinikal kepada pelajar-pelajar khas tersebut .

Sementara itu, terdapat juga proses penempatan pelajar-pelajar khas yang berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan, melalui Jabatan Pendidikan Negeri . Selain daripada itu juga, kehendak ibu bapa yang tinggi untuk menempatkan anak-anak mereka ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran juga memainkan peranan dalam proses penempatan pelajar berkenaan .

Di samping itu juga, guru-guru kelas juga memainkan peranan dalam penempatan pelajar-pelajar khas ini . Guru kelas dapat menilai keupayaan pelajar dari masa ke semasa dan mengetahui latar belakang serta tahap kebolehan pelajar-pelajar mereka . Dengan itu guru-guru ini mengesyorkan agar pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di kelas khas .

KURIKULUM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini telah dirancang untuk membolehkan pelajar-pelajar mencapai kemahiran berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan . Kurikulum tersebut mengandungi bidang-bidang berikut :

  1. Bidang Komunikasi .
  2. Bidang Sosial dan Alam sekitar .
  3. Bidang Kemahiran Amali Untuk berdikari .
  4. Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif .
  5. Bidang Nilai dan Kerohanian .

Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dilaksanakan adalah berdasarkan Kurikulum Rendah Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: