MAJLIS TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-5 2007

 

Disediakan oleh NOR FARIZAN BT. TOH FAH, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selam

 

PROGRAM : MAJLIS TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-5 2007

TARIKH : 18-21 JUN 2007

TEMPAT : UiTM DUNGUN, TERENGGANU

LAPORAN : Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas adalah antara salah satu aktiviti ko-kurikulum yang diadakan untuk para pelajar Pendidikan Khas di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan sebagai salah satu wadah bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mensasarkan perkembangan individu secara menyeluruh baik dari segi rohani mahupun jasmani. Penglibatan mereka ini secara tidak langsung diharapkan dapat memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan Khas tentang kepentingan mendalami ilmu agama seperti membaca Al-Quran, hafazan dan lain-lain serta dapat mempraktikkan ilmu-ilmu yang diperolehi itu dalam kehidupan seharian mereka. SMK Bukit Jana telah menghantar beberapa penyertaan dalam acara nasyid, bercerita kisah nabi, azan dan tilawah yang keseluruhannya melibatkan 17 orang pelajar dan 2 guru pengiring. Pada keseluruhannya, pasukan SMK Bukit Jana telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan mendapat johan dalam acara nasyid, naib johan bagi acara bercerita lelaki dan tilawah Al-quran tempat ke-3.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: