Prakata

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PENDIDIKAN KHAS LARUT, MATANG DAN SELAMA

-Selamat Menyambut Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac 2009-


PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial

KANAK-KANAK KHAS

Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.

“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.

Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

Apa Dia kanak-kanak Khas ?

………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.

 

Chua Tee Tee, 1981

Apa Dia Pendidikan Khas ?

……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

 

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :

  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kejayaan orang-orang istimewa

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

5 Responses

  1. website ini sangat bagus..banyak maklumat yang berguna terutamanya mengenai insan-insan istimewa yang telah berjaya sekalipun berkeperluan khas…saya amat menyokong usaha seperti ini.Masyarakat umum perlu mengetahui tentang golongan seperti mereka ini..

  2. Teruskan usaha untuk meningkatkan kemajuan bidang pendidikan khas di Malaysia. Insan istemewa juga sebahagian daripada kita, dan mereka adalah ahli syurga. Sayangi mereka bekerjalah ikhlas untuk kesejahteraan mereka.

  3. Salam…
    Sebagai seorang guru yang baru menjejakkan kaki ke alam pendidikan khas, saya rasa terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari dan ketahui mengenai tingkah laku kanak-kanak istimewa ini memandangkan mereka tergolong dari pelbagai kategori yang mana amat menarik minat saya untuk mendalaminya.. Sekiranya ada apa-apa yang saya boleh berkongsi bersama. Saya amatlah berharap untuk sama-sama kita martabatkan anak-anak istimewa ini supaya mereka juga mendapat hak dan keistimewaan seperti anak-anak kita yang lain…

  4. semoga laman ini memaparkan lebih banyak bahan-bahan berkaitan dengan pendidikan khas

    saya amat tertarik dan akan menyumbangkan apa-apa bahan yang sesuai

  5. Assalamualaikum, selamat sejahtera..
    saya masih di dalam proses mendalami tentang pendidikan khas.
    suatu cabaran untuk individu yang terpilih sahaja…
    terlalu menarik dan istimewa…
    kenapa???…
    tempat untuk mereka telah dijanjikan Allah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: