TERAPI HIDRO

Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

Terapi Hidro

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta ti dak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

 OBJEKTIF

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKI ini.

DEFINISI DAN KONSEP

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.

KEPENTINGAN HIDROTERAPI

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah: i. Menghilangkan tekanan
ii. Keupayaan berkomunikasi
iii. Simulasi sistem otak
iv. Bina keyakinan diri
v. Kreativiti
vi. Kawalan diri
vii. Latihan ‘Social skill’
viii. Merangsang pertuturan
ix. Melatih sikap bekerjasama
x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan
xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
xiii. Latihan daya kepimpinan
xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari
xv. Daya konsentrasi
xvi. Pembentukan ‘body image’
xvii. Peningkatan ‘self-esteem’

PANDUAN KESELAMATAN

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKI yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

AKTIVITI REKREASI RENANG/HIDROTERAPI

i. Pendahuluan

• Memanaskan badan dan meregangkan otot.
• Mengenakan jaket keselamatan.

ii. Isi Pelajaran

• Bermain-main di tepi air.
• Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
• Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
• Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
• Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.

iii. Penutup

• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.
• Mengemaskan dan membersihkan diri. 

Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

RAWATAN EFEKTIF BAGI KANAK-KANAK YANG MENGHIDAPI EPILEPSI

Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

Rawatan Efektif Epilepsi

Dengan kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang, epilepsi dan serangan sawan bukan lagi satu halangan untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan kehidupan keseluruhan pesakit.Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan berkesan. Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. Ini termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan butiran lanjut mengenainya. Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksi serangan sawan mesti hadir untuk memberi maklumat tambahan, terutama jika pesakit tidak sedarkan diri.Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk mengenal pasti petanda fizikal berkaitan yang mungkin boleh menunjukkan secara khusus sindrom epilepsi yang dialami pesakit.

Doktor mungkin mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak normal dalam otak. Ujian-ujian ini mungkin termasuk electroencephalogram (EEG) yang mengukur denyutan elektrik dalam otak, tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI), yang, dalam bahasa mudahnya, menyediakan imbasan imej otak.

Sebaik sahaja diagnosis selesai dilakukan, doktor akan mencadangkan beberapa pilihan rawatan. Hampir kesemua penyakit epilepsi dapat dirawat dengan menggunakan ubat anti-epileptik (juga dikenali sebagai anticonvulsants atau ubat anti-sawan). Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah ubat atau kombinasi ubat anti-sawan yang lazim digunakan.

Setiap pesakit memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan seperti reaksi mereka terhadap makanan atau bahan-bahan lain yang masuk ke badan mereka. Oleh itu, doktor akan cuba menentukan ubat anti-sawan dan program yang betul untuk setiap pesakit dengan kesan sampingan yang minimum.

Sesetengah faktor akan diambil kira oleh doktor apabila memilih ubat anti-sawan termasuk jenis sawan, umur pesakit dan jantina, tahap IQ dan isu kesihatan, serta ubat-ubat lain yang mungkin diambil oleh pesakit.

Bagi rawatan berkesan, pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk kepada doktor sebelum mengambil ubatubatan yang lain, ubat yang dibeli di kedai, atau rawatan herba. Terdapat bahan- bahan yang boleh mengganggu rawatan epilepsi dan mengurangkan keberkesanannya.Untuk hasil rawatan terbaik, pesakit epilepsi perlu terlebih dahulu menemui doktor yang terlatih dan berlesen.

Sebahagian besar pesakit epilepsi boleh bebas dari serangan sawan untuk tempoh yang lama dengan menjalani rawatan yang betul. Telah dibuktikan bahawa kira-kira 80 peratus pesakit epilepsi yang dirawat dengan ubat anti-sawan, bebas daripada serangan penyakit itu untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Bagi pesakit dewasa pula, 50 hingga 60 peratus bebas dari serangan sawan selepas pertama kali mengambil ubat anti-sawan. Bagi mereka yang didiagnosis mengidap epilepsi ketika usia muda, 20 peratus mula mengambil ubat dan tidak lagi diserang sawan selepas berhenti mengambil ubat, walaupun apabila mencecah usia dewasa. Lagi lama tempoh mereka tidak mengalami serangan sawan, maka semakin besar peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang bebas dari epilepsi dan lebih 50 peratus kanak- kanak berjaya bebas daripada serangan penyakit itu.

Pembedahan boleh membantu merawat punca-punca epilepsi lain, seperti serangan sawan itu disebabkan oleh ketumbuhan, tumor atau punca-punca lain. Jika punca-punca tersebut berjaya dirawat atau dibuang, pesakit tidak akan lagi mengalami sawan. Oleh itu, kira-kira lima peratus pesakit epilepsi boleh “diubati” melalui pembedahan.

Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus serangan sawan (kawasan otak di mana serangan sawan berasal), tetapi ia hanya sesuai bagi sawan partial yang berasal dari satu kawasan khusus dalam otak. Pesakit yang berpotensi dibedah perlu menjalani penilaian terperinci oleh pakar neurologi sebelum pembedahan dan jika berpendapat pembedahan tidak sesuai dilakukan, maka pesakit akan dinasihatkan supaya tidak melakukannya dan menjalani rawatan pilihan yang lain.

Doktor akan mengambil pendekatan holistik dan berbincang bukan sahaja mengenai penyakit sawan yang dihidapi dan butiran perubatan, tetapi juga turut merangkumi keseluruhan ‘isu-isu mengenai kehidupan’ seperti pendidikan, aktiviti sukan, kehidupan sosial, pekerjaan, malah bercakap mengenai pemanduan, soal perkahwinan dan mengandung.

Keberkesanan pembedahan berbeza; ada pesakit bebas sepenuhnya daripada serangan sawan selepas pembedahan, manakala bagi yang lainnya, jumlah serangan sawan yang mereka alami berkurangan dengan banyaknya. Kebanyakan pesakit boleh berhenti mengambil ubat anti-sawan selepas menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, dalam mana-mana pembedahan, masih ada risikonya.

Rangsangan saraf vagus (vagus nerve stimulation atau VNS) adalah satu lagi pilihan rawatan untuk epilepsi. Alat yang dikenali sebagai perangsang saraf vagus ditanam di bawah kulit dada pesakit. Wayar dari alat tesebut diikat pada saraf vagus. Saraf vagus menyambung otak ke jantung, paru-paru dan saluran usus dan perut. Alat ini menjana denyutan elektrik dalam jarak masa tetap (interval), yang merangsang saraf vagus.

VNS boleh menjadi rawatan pilihan bagi mereka yang tidak berkesan mengambil ubat anti-sawan dan pesakit yang atas apa-apa sebab, dianggap tidak sesuai untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun, kaedah rawatan ini mungkin mahal, tambahan pula, bateri yang dipasang pada alat tersebut hanya tahan kira-kira selama lima tahun sahaja.

Satu lagi rawatan bagi epilepsi di kalangan kanak-kanak ialah diet ketogenik, yang kaya lemak dan rendah karbohiderat. Ia bertujuan untuk mengekalkan ‘tahap lapar’ (starvation mode) dalam badan bagi tempoh masa yang lama. Bila badan dalam keadaan berpuasa, ia menghasilkan ketones (bahan yang terhasil bila badan memecahkan lemak untuk menjana tenaga), yang menunjukkan badan sedang membakar lemak dan bukannya glukos untuk menjana tenaga.

Cara sebenar bagaimana diet ketogenik itu berfungsi tidak diketahui secara jelas. Ia perlu diperjelaskan di sini bahawa diet ketogenik bukanlah sesuatu diet yang mudah diamalkan, dan ia boleh menyebabkan kesan-kesan seperti tahap asid urik yang tinggi dan menyebabkan batu dalam buah pinggang.

Untuk maklumat lanjut mengenai epilepsi, sila layari http://www.epilepsy.org.my atau http://www.livebeyondepilepsy.com/  

Rujukan :Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

MENGENALI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama 

Pintar Cerdas

Definisi

Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.
Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:

Pengamatan tinggi

Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang 

Keinginan untuk tahu tinggi

Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam

Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut 

Menerima infomasi dengan pantas

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak 

Ingatan yang tinggi

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat 

Mungkin dapat membaca lebih awal

Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas                                                                                                             
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi

Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain

Bersemangat dan bertenaga
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdasPermasalah dari segi perkembangan asynchronous
Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan
Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif .
Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”. 

Rujukan : Unit Pendidikan  Khas, SK Selayang Jaya

MENGENALI KANAK-KANAK DISLEKSIA

Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

DISLEKSIA

DEFINISI

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)
“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-

  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIA?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis Disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

 

Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
 

.

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum

Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA

Kanak-kanak pra-sekolah :
– Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
– Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
– Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
– Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
– Tidak merangkak semasa bayi
– Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
– Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-kanak

Sekolah Rendah : 

6 hingga 9 tahun
– Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
– Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
– Keliru dengan kiri dan kanan
– Tulisan cermin atau terbalik
  

9 hingga 12 tahun
– Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
– Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
– Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
– Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
– Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
– Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah :
– Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
– Kesukaran menulis karangan
– Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
– Kesukaran mempelajari bahasa lain
– Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
– Jenis orang yang suka senyap
– Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
– Kurang kemahiran bersosial

 

MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v

Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba

Gula – lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem

cat – cat

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8

9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
– Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
– Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
– Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
– Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
– Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
– Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
– Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
– Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
– Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
– Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
– Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
– Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
 
  

Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

MENGENALI KANAK-KANAK CEREBRAL PALSI

Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

Cerebral Palsi

“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”

Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran

  •  Jangkitan dalam rahim
  •  Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
  •  Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran

  •  Kelahiran tidak cukup bulan
  •  Kecederaan semasa lahir
  •  Lemas semasa lahir
  •  Jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)

  •  Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
  •  Jaundis yang teruk (kemicterus)
  •  Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.

Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

Punca-punca :

  •  Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
  •  Perkembangan otak yang tidak normal.
  •  Rembesan (intraeraneal bleeding).
  •  Demam kuning.
  •  Terhentak / terhempas / kejutan.
  •  Serangan kuman / penyakit.

Tanda-tanda :

  •  Bayi kelihatan lembik
  •  Lewat perkembangan
  •  Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
  •  Masalah menyusu
  •  Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
  •  Sembelit
  •  Cepat marah

Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy

Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun
1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 tahun

-Belum boleh bercakap

Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan)
– Kerencatan pertuturan
– Rencatan penglihatan
– Rencatan pendengaran
– Sawan (epilepsy)
– Kecacatan anggota
– Kecacatan gigi
– Masalah mengenai pernafasan
– Masalah mangenai pemakanan
– masalah untuk buang air besar atau kecil. 

Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)

Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.

Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.

Atxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.

Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.
Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.

Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.

Basal Ganglia

Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.

Serebelum

Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.

Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :

Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.

Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

Masalah pertuturan.
Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.

Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

Reaksi yang tidak normal
Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).

Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.
Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya. 

Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

MENGENALI KANAK-KANAK AUTISME

Disediakan Oleh ANIDA BT ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

Autisme

Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri. Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.

Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:

a) Tidak mampu bersosial

·         Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:

1.     Tidak menghiraukan orang lain.

2.     Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.

3.     Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.

4.     Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).

5.     Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.

6.   Lebih suka bermain sendiri.

7.     Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi. 

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi

·         Lambat bercakap.

·         Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.

·         Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

·         Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot.

·         Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).

·         Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.

·         Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa.

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan

·         Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.

·          Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.

·         Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.

·         Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.

·         Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.

·         Tidak boleh duduk diam.

·         Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

d. Masalah tingkah laku

·         Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.

·         Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.

·         Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.

·         Aktif tetapi berperangai pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati.

 Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.

Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

Panduan membentuk hubungan sosial

Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah lagi.

Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput kawan datang ke rumah. Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.

“Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan.

“Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain dengan anak. Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi.

“Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah,” katanya.

Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul.

Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari persahabatan atau carta markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun).

Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan kepada anak, terutama apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama dengan rakan sebaya.

Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.

Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina.

“Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah.

“Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor,” katanya.

Perlu diingat, bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran. Ada yang cerdas otaknya seperti kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya dalam hubungan sosial, pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak autisme.

Corak pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka ada kemahiran memahami logik, dapat mengingat sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik.

Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan penumpuan fikiran.

Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan. Kemahiran ini bertambah jika mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan mereka bersembang panjang dari satu topik ke topik lain.

Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga mengalami Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk menumpukan perhatian, mudah terganggu dan sukar mengingat fakta penting.

Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi tugasan pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan anak dan memberi maklum balas secara aktif bagi mengekalkan daya tumpuan anak.

“Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme, minta pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan anak dengan kaset rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini boleh membantu pengurusan dan pembelajaran anak autisme.

“Apabila semakin besar, kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek atau ditertawakan rakan sebaya. Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka melakukannya, ia perlu diberitahu secara lisan dan ajar cara betul membuat sesuatu perkara.

“Anak autisme juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah langkah bijak. Lebih cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat diselesaikan.

“Mempunyai anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan sebaik orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak,” katanya.” 

Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

Carta Organisasi PPKI SK Kg Gudang 2008

Disediakan oleh ANIDA BT ABU BAKAR, Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama.

carta-orga-1.jpg

KENDURI KESYUKURAN

Disediakal Oleh ANIDA BINTI ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

TARIKH       : 22 Oktober 2008

HARI           : Selasa

TEMPAT     : Kelas PPKI

AKTIVITI      :

dscn2341.jpg  dscn2350.jpg 

                           dscn2351.jpg  dscn2344.jpg

Kelas PPKI telah mengadakan Kenduri Kesyukuran sempena kejayaan murid-murid dalam Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Larut Matang yang telah diadakan baru-baru ini  di SK Kg Boyan.Walaupun ini merupakan kali pertama SK Kampung Gudang menyertai pertandingan ini, murid-murid PPKI SKKG membuktikan mereka boleh berdiri seiring dengan murid-murid yang lebih berpengalaman dalam pertandingan ini. Tanpa kesungguhan dan kegigihan, pasti mereka tidak memperolehi kejayaan.Peserta dari kelas PPKI SK Kampung Gudang telah mendapat tempat pertama dan ketiga dalam acara hafazan. mereka adalah MOHD SAFWAN BIN ZOLKEFLI memenangi tempat pertama manakala tempat ketiga MOHAMAD FAZLIE SYAM BIN ABD HALIM. Untuk tidak ketinggalan menikmati keberkatan bulan Syawal, kelas PPKI turut mengadakan Jamuan Hari Raya. Pelbagai jenis juadah yang disediakan untuk santapan guru-guru SKKG, ibu bapa dan murid-murid PPKI. Ucapan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid PPKI yang telah menjayakan majlis ini.

ORIGAMI – A Windmill

Disediakan oleh ANIDA BT ABU BAKAR, Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama.

windmill.jpg

PROFIL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK KAMPUNG GUDANG

Disediakan Oleh ANIDA BINTI ABU BAKAR Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama 

PROFIL PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK KAMPUNG GUDANG       

dsc00101.jpg  picture-053.jpg 

                                        dsc00104.jpg  picture-054.jpg

Bermula 1 Januari 2008, kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK Kampung Gudang telah dibuka. Puan Elly Azriani binti Mohd Jaberi telah dilantik sebagai penyelaras dan di bantu oleh Cik Anida binti Abu Bakar di bawah moto “Bersama Ke Arah Pendidikan Berkesan” . Kurikulum Khas Bermasalah Pembelajaran dikhususkan untuk pelajar-pelajar istimewa. Berikut adalah klasifikasi murid-murid Pendidikan Khas di SK Kampung Gudang: 

KATEGORI MASALAH LELAKI PEREMPUAN
Terencat Akal (Minima) 1 -
Slow Learner 2 1
Masalah Pendengaran 1 -
Lewat Perkembangan 2 1
JUMLAH 6 2

MOTTO PPKI

“Menempa Kejayaan bersama insan istimewa”

VISI PPKI

Menjadikan PPKI SK Kampung Gudang program yang cemerlang dalam aspek kurikulum, kokurikulm dan sahsiah diri menjelang tahun 2018. 

MISI PPKI

  • Berusaha ke arah menghapuskan Buta 3M di kalangan murid-murid PPKI SK Kg Gudang.

  • Memupuk murid-murid supaya berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri yang positif.

  • Membimbing murid-murid ke arah individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT.

  • Mendidikan dan melahirkan murid yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan jati diri yang kuat.

dscn1681.jpg 

Warga Pendidikan Khas Sk Kg Gudang

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.