MAJLIS JAMUAN RAYA DAN SEMINAR KEIBUBAPAAN

Disediakan oleh NOR HAFIZAH BINTI MAT DESA, Moderator Zon Simpang Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

TARIKH : 15 OKTOBER 2008

TEMPAT : PRA PENDIDIKAN KHAS SK BT KURAU

PAKAIAN : BAJU RAYA

 

 

            Jamuan Hari Raya (Open House) bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SK Batu Kurau (SKBK) telah diadakan pada 15 OKTOBER 2008 iaitu pada hari rabu di bangunan Pra Pendidikan Khas SKBK. Guru Besar, guru-guru dan ibubapa para murid pendidikan khas turut dijemput hadir pada majlis tersebut.

            Majlis bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Majlis bertambah serinya apabila murid-murid memakai baju raya pada hari tersebut. Pelbagai hidangan telah disediakan secara bergotong royong oleh para guru dan beberapa orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) sendiri. Antara hidangan yang disediakan ialah nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, mee kari, bihun tom yam, buah, kuih bahulu dan beberapa makanan ringan yang lain serta kuih yang disumbangkan oleh guru-guru.

            Selain itu, pada hari yang sama juga telah diadakan Seminar Jalinan Keibubapaan yang diadakan di kelas Pra Pendidikan Khas SKBK. Program ini antara lain adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru serta memberi pendedahan,  pemahaman tentang apakah pendidikan khas.

            Satu sesi ceramah telah disampaikan kepada ibu bapa yang hadir oleh Cikgu Halim bin Shaharah yang bertajuk Pengenalan Pendidikan Khas disusuli dengan ucapan dari Guru Besar iaitu En. Mohamad Saleh bin Wahab. Lebih terharu, bekas Guru Besar iaitu En. Ahmad Basri bin Radzi turut hadir dan telah menyampaikan sedikit ucapan kepada ibu bapa.

Setelah seminar siap dijalankan, maka ibu bapa dijemput untuk menjamu selera diikuti oleh semua guru SKBK. Majlis turut diserikan lagi dengan dendangan lagu raya yang telah disampaikan oleh para murid pendidikan khas. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari.

Sambutan Hari Kanak -Kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Disediakan oleh Nor Farizan Tohfah AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang  dan Selama

Tarikh : 20 Oktober 2008 

Tempat : Dewan Terbuka SK Long Jaafar

   

  bagi-hadiah.jpgperbarisan.jpgpersembahan.jpgtarian.jpg                               

SK Long Jaafar telah mengadakan Sambutan Hari Kanak Kanak Sedunia pada 20 Oktober yang lalu. Majlis ini diadakan pada jam 9 pagi sehingga 12 tengahari. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Sebelum majlis dimulakan, pelajar pendidikan khas telah mengadakan acara sukaneka. Acara ini terbahagi kepada dua kategori iaiti tahap 1 dan tahap 2. Setiap pemenang diberikan hadiah yang menarik. Malis sambutan hari kanak- kanak dimulakan dengan kata –kata ucapan daripada Pn Hajah Raznah Man , PK HEM diikuti dengan acara perasmian yang dilancarkan oleh Pn Narimah Bohari, Guru Besar SKLJ. Majlis kemudian diteruskan dengan persembahan pelajar dan penyampaian hadiah kepada tokoh kanak-kanak dan para pemenang. Di antara persembahan yang diadakan ialah lakonan, tarian dan nyanyian.  Pelajar pendidikan khas telah mengadakan persembahan nyanyian yang dipimpin oleh En Zulfadly dan En Rashidi. Majlis ini dapat menghiburkan para pelajar dan guru-guru, serta dapat mencungkil bakat para pelajar

 

ORIGAMI – A Windmill

Disediakan oleh ANIDA BT ABU BAKAR, Moderator Zon Batu Kurau Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama.

windmill.jpg