Punca ADHD & Diagnosis Dan Rawatan ADHD

Disediakan oleh MOHD FAIDZ HJ. IBRAHIM Moderator Zon Taiping Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang & Selama

Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut: 

·         Menonton televisyen

·         Alah pada makanan

·         Gula yang berlebihan

·         Keadaan hidup yang miskin

·         Sekolah bertaraf rendah Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.

Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah.  Kerapakali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan.  Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri.  Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.   Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan. Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup. 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: