STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas SK. Matang.

Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara ‘Partikal Integration’ sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangaat penting dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif. Pada tahun 2006 sebagai tahun permulaan, Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara ‘Partikal Inclusion’. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah ini.

  1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.

  1. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikuti Program Pendidikan Inklusif.

  1. Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.

  1. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah biasa.

  1. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

  1. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.

  1. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.

  1. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.

  1. Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  1. Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: