LAWATAN KE PAYA BAKAU

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas dan
UMI KALSOM BINTI MUSA & MOHAMAD ZAMRI BIN HJ MOHAMAD NAPIS, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

img_1352.jpg


 

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Matang, Taiping Perak telah mengadakan Hari KoKurikulum di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada murid-murid dan dapat menambah pengetahuan mereka. Disamping itu program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan menguruskan diri apabila mengikuti sebarang aktiviti perkhemahan.


TARIKH                                     : 29 Mac 2008

HARI                                        : Sabtu

PENGURUS PROGRAM            : Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais

                                                              Penyelaras

  Program Pendidikan Khas

                                                              SK Matang.

 PENYELARAS PROGRAM        : Pn. Norhayati bt Hussain

                                                              Penyelaras Kokurikulum

  Program Pendidikan Khas

                                                              SK Matang.

 
SETIAUSAHA PROGRAM         : En. Mohamad Zamri b Hj Mohd Napis

                                                             

BENDAHARI                             : Pn. Nashally bt Shik Jan

BILANGAN PESERTA               :

 

Murid Pendidikan Khas           -  40 orang

Guru Pendidikan Khas             -  9 orang

Pembantu Pengurusan Murid   -  2 orang 

 

Jumlah                                      -  51 orang

 

 

TEMPAT :

 

1.       Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang

34650 Kuala Sepetang, Perak

                        

 

OBJEKTIF

 

Lawatan ini diharapkan dapat :

 

  •        Meluaskan pandangan dan mendapat pengalaman baru dengan melawat tempat yang bermanfaat.      
  •        Memberi pengalaman baru kepada murid-murid dengan suasana di luar bilik darjah dan sekolah.
  •         Mendedahkan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan memasang khemah.
  •          Menanam rasa minat dan keseronokan belajar terhadap diri murid-murid
  •     Menambah pengetahuan sedia ada kepada murid-murid kerana tidak semua keluarga yang pernah membawa anak-anak istimewa ini keluar dan mengikuti sebarang aktiviti perkhemahan

 

 

LAPORAN LAWATAN. 

 

Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Matang telah mengadakan Lawatan dan Hari Kokurikulum Pendidikan Khas 2008 di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang pada hari Sabtu 29 Mac 2008. Kami bertolak dari SK Matang pada pukul 8.00 pagi.

 

 Perjalanan diteruskan dan sampai di kilang arang pada pukul 8.15 pagi. Kami disambut oleh seorang renjer iaitu Encik Norashidi. Beliau telah membawa kami melawat ke seluruh kilang arang sambil memberi penerangan lengkap mengenai pengurusan kerja di situ. Kami berpeluang melihat pekerja-pekerja kilang arang menjalankan tugas rutin mereka.Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang pada pukul 8.30 pagi.

 

            Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang pada pukul 9.30 pagi.

Kami telah disambut oleh Pegawai Hutan yang bertugas yang menjaga kami sepanjang lawatan. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Hutan dan tayangan video berkaitan keindahan hutan paya bakau Matang. Selepas itu, kami bersarapan bersama sebelum memulakan aktiviti.

 

img_1396.jpg

            Selepas sarapan, murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu kumpulan Spongebob, Elmo, Mickey Mouse, Tweety Bird dan Garfield. Aktiviti pertama yang dijalankan iaitu pertandingan memasang khemah. Dalam aktiviti ini murid-murid dikehendaki memasang khemah secara bekerjasama antara kumpulan dan mereka akan dinilai berdasarkan jangkamasa yang diambil, kekemasan urutan memasang dan kerjasama antara ahli kumpulan. Di dalam pertandingan ini kumpulan pertama dimonopoli oleh kumpulan Spongebob, tempat kedua kumpulan Elmo dan tempat ketiga ialah kumpulan Mickey Mouse.

 

            Setelah selesai aktiviti pertama acara diteruskan dengan pertandingan mencari harta karun. Di dalam pertandingan ini setiap kumpulan akan diiringi oleh seorang guru pengiring yang bertindak sebagai pembantu dan petunjuk arah. Markah akan dinilai berdasarkan kerjasama yang ditunjukkan, masa dan jumlah harta karun yang diperolehi. Kumpulan Mickey Mouse menduduki tempat pertama diikuti tempat kedua oleh kumpulan Garfield dan kumpulan Tweety Bird tempat ketiga.

 

            Setelah selesai pertandingan tersebut kami berehat selama satu jam untuk makan tengah hari dan solat. Pada pukul 2.00 petang, aktiviti diteruskan dengan pertandingan mewarna. Acara  penyampaian hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Matang Tuan Haji Abd. Rahim b Hj Abd. Rashid. Jamuan minum petang dan majlis sambutan hari lahir untuk murid-murid, guru-guru dan PPM yang lahir pada bulan Mac dan April diadakan  di pelantar rehat pada pukul 3.00 petang.  Majlis bersurai pada pukul 3.45 petang.

 

Kami selamat tiba di Sekolah Kebangsaan Matang pada pukul 4.00 petang.

 

 

img_1370.jpg

 
PENUTUP

 

Adalah diharapkan program ini mendapat manfaat sebagaimana yang telah dirancang. Kerjasama sepanjang aktiviti ini berlangsung diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara murid dan guru. Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan aktiviti ini.

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: