PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN 2007 KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Disediakan oleh SITI MAISARAH BT ZAINAL AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama.

 

TARIKH : 25.07.2007

HARI : RABU

MASA : 7.30 PAGI – 8.30 PAGI

TEMPAT: DATARAN REHAT (KKBP)

AKTIVITI :

Persembahan Kebudayaan 2007 Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Changkat Larut ini diadakan pada waktu Kokurikulum sekolah iaitu pada hari Rabu (25.07.2007) bermula pukul 7.30 pagi sehingga pukul 8.30 pagi bertempat di Dataran Rehat Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP).

Acara dimulakan pada pukul 7.35 pagi dengan ucapan Pengerusi Majlis serta nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu Sekolah oleh semua peserta dan hadirin yang hadir. Persembahan Kebudayaan 2007 diteruskan dengan persembahan pertama iaitu nyanyian nasyid oleh ahli Kelab Kebudayaan KKBP yang di ketuai oleh adik ‘Aishah Bt. Tajul Adnan yang menyampaikan dua buah lagu yang bertajuk “Rukun Iman” dan “Lambaian Haji”. Acara diteruskan pula dengan persembahan kedua iaitu oleh adik Azrif Mazairi B. Abdul Manab yang memperdengarkan alunan Azan diikuti oleh adik Mohamad Hafiz Roozlan.

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan persembahan bercerita oleh adik Muhammad Adib B. Abdul Hamid dengan kisahnya Nabi Yusuf A.S, diikuti oleh persembahan ke empat dan yang terakhir oleh adik ‘Aishah Bt. Tajul Adnan yang memperdengarkan bacaan ayat-ayat hafazan yang dipetik daripada al-Quran.

Pada pukul 8.20 pagi, acara Persembahan Kebudayaan 2007 telah sampai ke penghujungnya apabila Penyelaras KKBP, Puan Ainol Azmi Bt. Lazim menyampaikan cenderahati kepada peserta-peserta yang terlibat sebelum bersurai.

Persembahan Kebudayaan 2007 Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama dari semua pihak yang terlibat, terutama guru-guru dan staff sokongan SK Changkat Larut. Diharapkan acara-acara seperti ini akan banyak dijalankan lagi pada masa akan datang supaya murid-murid khas juga dapat merasai peluang yang sama seperti murid-murid lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: